Easy ABC Like 123! (Tabika KEMAS)
21 April 2017 | Aktiviti Terkini
Kelas bersama-sama pelajar dari Tabika KEMAS Kota pada kali ini diadakan lebih tertumpu kepada pembelajaran dalam pengendalian keyboard dan mouse.
Kelas ini berlangsung di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Kota Pekan, selama 4 jam bermula dari jam 9.00 pagi. Aktiviti awal adalah joget senam, pengenalan diri pelajar dan tenaga pengajar, serta pengenalan sedikit tentang komputer.
Seterusnya, sedikit pengenalan tentang peralatan yang ada di rumah yang boleh mendatangkan bahaya kepada mereka seperti pisau, cerek, seterika, gunting dan garfu. Pelajar turut dinasihati supaya tidak menggunakan peralatan-peralatan yang disenaraikan tersebut tanpa pengawasan daripada ibu bapa mereka. Selepas itu, aktiviti menaip abjad ABC sehingga Z dengan menggunakan Microsoft Word. Kemudian, pelajar diberikan kuiz mengira jumlah ikan yang terdapat di skrin dan tunjuk nombor yang betul mengikut jumlah kiraan mereka.
Sebelum berakhir, hadiah telah disampaikan kepada pelajar yang aktif menjawab soalan dan sedikit saguhati turut diberikan kepada peserta yang lain dan pengiring. Aktiviti tamat pada jam 1.00 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: